Thursday 4 September 2014

 Cara Efektif

Sarapan

Diet terbaik adalah dengan mengambil sarapan pagi. Bagi yang berpuasa, jangan tinggalkan waktu sahur anda. Pilihan makanan terbaik adalah yang rendah kalori.


Pengambilan sarapan dapat membantu kesegaran tubuh dan membantu menurunkan berat badan.


Cadangan Sarapan

Telur

Telur dapat mensalurkan kalsium dan merupakan makanan pelengkap yang dapat digunakan sebagai sarapan rendah karbohidrat.

Telur Separuh Masak membantu bekalkan tenaga segera
Telur juga kaya dengan protien yang membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan manis. Ketika diet, makanan manis perlulah dielakkan sama sekali kerana boleh menyebab kegemukkan.

Sayuran

Sayuran hijau merupakan salah satu makanan dengan nutrisi penting untuk sarapan. Untuk memiliki sarapan dengan karbohidrat rendah, Anda boleh menambahkan salad sayuran. Bahkan, makanan ini dapat menurunkan berat badan dalam waktu singkat.


Arugula, Watermelon and Feta Salad


Bahan-Bahan Dressing:

1/4 cawan perahan jus oren
1/4 cawan perahan jus lemon (2 lemon)
1/4 cawan bawang merah dicincang (1 besar)
1 sudu besar madu
1/2 cawan minyak zaitun
1 sudu teh garam kosher
1/2 sudu teh serbuk lada hitam hitam
6 cawan arugula bayi, dibasuh dan diputar kering*
1/8 ke tembikai tanpa biji, kulit dikeluarkan, dan dipotong kiub 1 inci
12 auns keju feta, dipotong dadu 2 inci
1 cawan (4 auns) daun pudina segar, dihiris


Arugula boleh digantikan dengan apa-apa daun salad yang digemari

Cara-caranya:
  1. Pukul bersama jus oren, jus lemon, bawang merah, madu, garam, dan lada.  
  2. Perlahan-lahan tuangkan minyak zaitun, memukul sentiasa, untuk membentuk emulsi.  
  3. Jika dressing tidak digunakan dalam tempoh satu jam, simpan Vinaigrette di dalam peti sejuk dengan bekas yang bertutup. 
  4. Letakkan arugula itu, tembikai, feta dan pudina di dalam mangkuk yang besar.  
  5. Renjiskan atau tuang dengan Vinaigrette cukup untuk dikacau rata. 
  6. Siap untuk dihidangkan  

 

Sarapan Alternative & Sihat

Energizing Soy Protien (ESP)

Fakta ESP

  • ESP tidak diubah secara genetik
  • Tanpa laktosa secara semulajadi
  • Tanpa kolestrol secara semulajadi
  • Sumber protien ESP adalah sebanyak 14mg protien
 
Sudahkah anda menikmati protien hari ini?
 ESP mempunyai kebaikan seperti :
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Menyokong parasa LDL Kolestrol baik
  • Membina kulit yang sihat dan berseri
  • Menjaga kesihatan sistem reproduktiviti lelaki dan wanita
  • Menyokong perkembangan tubuh.

Dapatkan nutrisi yang terbaik
ESP

Tuesday 2 September 2014

Muda tapi Tua

Sangka tak sangka usia muda tapi "berbadan" tua. Ini semua kolagen punya penyebab. Belek-belek di cermin kulit dah makin kusam, kering, ada garis halus. Isk, memang tak syok la tengok macam ni.

Kolegen diperlukan oleh seluruh badan


Kolagen hanya untuk cantik?

Ramai yang berpendapat kolagen sesuai digunakan untuk sesiapa yang inginkan penampilan atau kulit yang lebih halus dan berseri terutamanya wanita. Wow! Pendapat itu kurang tepat. Walaupun secara luaran kelihatan kulit yang bersinar, bahagian anggota lain jangan dilupakan.

Paling kerap kira dengar keluhan warga emas ibu dan ayah yang dikejar usia mengadu pasal lutut sakit, pinggang kaku, kaki lenguh, mata kabur, rambut gugur dan beruban. Apa punca sebenar jika kekurangan kolagen?

Pentingnya kolagen untuk tubuh


Macamana Kolagen Berkurang?

Beransur tua pada usia 20 tahun

Keluhan Ibu dan Ayah Tercinta

Paling biasa dan selalu kita dengar tiada lain lagi. Sakit lutut, sakit pinggang dan sengal tulang. Sedih hati meninggalkan kesayangan sendirian dengan keadaan begitu. Kita lihat bagaimana kolagen membantu kefungsian sendi

Tidakkan mereka perlukannya?

Bagaimana nak tambah kolagen?

Shaklee Collagen Powder

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat


Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton. 
 

Testimoni

Shaklee Collagen Powder
 

Punca Denggi?

Senang....nyamuk aedes. Nyamuk yang ada belang-belang cam zebra kat muntot dia tu lah nyamuk aedes. Di mana ada air bertakung, disitu la dia suka menetap jadikan hotel.
Nyamuk Aedes

Tanda Demam Denggi

  • Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, 
  • Sakit di belakang bebola mata, 
  • Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan 
  • Gatal-gatal

Rawatan

Mudahnya sekarang, pergi ke Hospital dapatkan pemeriksaan darah. Confirm denggi, ikut sahaja arahan doktor.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Rawatan Alternatif

  • Cadangan Pertahanan Badan

  1. Amalkan pengambilan Vitamin ACE (Carotomax, Sustained Release Vita-C,Vita-E ~ Shaklee)
  2. Kembalikan kesegaran badan dengan minuman yang membantu meningkatkan kadar elektrolit ke tahap optimum (Performance Drink Shaklee)

 Diet Sihat/Lauk Pesakit Denggi

Diet pemakanan yang membantu meningkatkan platlet darah dan kesegaran
  • Sup Ketam
  • Air Kelapa
  • Sayur Sawi

Hapuskan Gigitan Maut!

Ehsan Gambar KKM : Jom Ganyang Aedes

Monday 1 September 2014

Nak Macam Dulu

Siapa je la yang tak nak kurus selepas bersalin. Tidak mahu dipandang dengan kata-kata

"ingatkan ko mengandung lagi? anak kecil lagi kan?"
"ini mengandung ke mengandungi?"
"ni mengandung dah berapa tahun?"

sentap kan nok...? Badan anak dara la yang paling kita meracau setiap malam. Tajuk mimpi setiap hari "Aku nak kurus macam dulu tapi aku tengah menyusukan anak". 

Boleh ke nak kurus semula?

Sewaktu menyusulah paling mudah untuk turunkan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu cenderung untuk kehilangan sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan penyusuan tanpa senaman jika pemakanan betul.

Bagaimana?

Minum air yang mencukupi

Tingkatkan pengambilan air sehingga mencampai 2.5 hingga 3 liter air sehari. Tetapi jangan berlebihan. Terlalu banyak cecair juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh, jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori. 


Elakkan Makanan Manis

Perlu diingatkan, ibu menyusu banyak tergoda dengan benda manis. Tukarkan ke menu sihat. Boleh menggunakan cara mudah, 40 peratus karbohidrat, 40 peratus protein dan 20 peratus lemak yang baik. Seperti diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Untuk penghasilan susu yang teratur, pemakanan pun perlu teratur.

Senaman

Ibu menyusu boleh bersenam cara biasa. Tetapi tidak drastik selepas bersalin. Aktiviti perlu ditingkat sedikit demi sedikit. Jangan mengharapkan kehilangan lemak dalam jangka masa 2 minggu selepas bersalin.

Makanan Tambahan (Vitamin)

Turunkan berat badan secara beransur bagi menjaga otot dari kurus gelebeh
 Vitamin yang benar-benar kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah mungkin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan lain-lain.

Ambil tambahan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari. Zink boleh ditemui dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat. Mengambil sehingga 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada produk susu, sayur-sayuran, almond, hazelnut.

  

Cadangan Vitamin dengan Shaklee

Shaklee B-Complex dilengkapi dengan Asid Folik serta selamat digunakan oleh ibu mengandung atau berpantang atau wanita yang ingin kekalkan kesihata. Kajian menunjukkan Vitamin B3 amat penting untuk wanita bagi mengawal selia hormon dengan lebih baik.

Shaklee Zinc Complex diperkaya dengan kalsium yang membantu pertumbuhan si kecil disalurkan terus melalui penyususan. Ianya juga dapat membantu mengurangkan keguguran rambut dan kekejangan akibat kekurangan kalsium.

Shaklee Alfalfa Complex membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu (milk booster) dan dapat membantu proses detox untuk menguruskan badan. Masalah sembelit pun boleh selesai. Keputihan? in sha allah lepas ni jimat tidak perlukan lagi pantyliner

Shaklee Energizing Soy Protien (ESP) merupakan punca protien yang sangat baik dan rendah lemak. Bebas kolesterol serta selamat untuk semua golongan umur. Mahupun pesakit diabetis. Ia membantu membekalkan tenaga segera disamping memperbaiki tisu kulit. Kulit akan lebih licin. Selain itu, gula dalam darah dapat dikawal. Otot juga akan lebih mantap. Tak perlu risau kalau kurus, segalanya mengelebeh.
 
Kenapa Bayi Tidak Boleh Makan Sebelum Usia 6 Bulan?

1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza. Sabar la ibu-ibu. Skill memasak boleh diperhebat selepas bayi 6 bulan.

2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab peningkatan risiko kesihatan adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Sayang anak kan?

3. Masalah Dalam Penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikirkan tentang masa depan anak-anak kita. Lagipun susu ibu sudah cukup untuk menampung nutrisi harian bayi. Apa yang penting sebelum bayi berusia 6 bulan, GIATKAN PENYUSUAN SUSU IBU. You Can Do It & Just Do It Sista! Rajin-rajin ambil penggalak susu ibu seperti Alfalfa Complex & Energizing Soy Protien. Superb!

Bayi kurang 6 bulan : Hanya susu ibu, tak perlu air, tak perlu makanan pelengkap


Makanan bayi mengikut usia: 6 bulan
Yeah! Bayi telah masuk 6 bulan. Excited! Tapi, apa yang perlu ibu bagi untuk permulaan? Mudah sangat!

Ibu Buzzy
Bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Senang cerita bijiran segera. Kekdah sejak 6 bulan dah bagi makan fast food.

Ibu Rajin
Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi yang dimasak sendiri. Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:
  • buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
  • sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek. 
 Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja.


Resepi Puree Kurma


Tempoh Penyediaan : 20 minit
 
Bahan-bahan:
  • Kurma jenis lembut
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
  2. Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
  3. Blend kurma sampai halus.

 

Langkah Seterusnya!

Mummy MasterChef
 Dapatkan pelbagai resepi bubur mudah & puree yang boleh disediakan sendiri walaupun sibuk bekerja atau mengurus rumahtangga. Anda Supermom! Rasa cam nak pingsan dengan segala urusan. Kita telan Ostematrix sebelum tido. Hilang penat lelah & ceria keesokkan hari. Semoga segala usaha seorang ibu melahirkan pejuang & khalifah yang soleh solehah. Go Mama! Go Ibu! Go Ummi! Go Mummy!

Monday 10 February 2014

  
Apakah Apnea Tidur?

Apnea tidur (AP-ne-ah) adalah gangguan biasa di mana anda mempunyai satu atau lebih berhenti sejenak bernafas atau nafas pendek semasa anda tidur.

Berhenti bernafas boleh bertahan dari beberapa saat ke minit. Mereka mungkin berlaku 30 kali atau lebih satu jam. Biasanya, pernafasan normal kemudian bermula sekali lagi, kadang-kadang dengan bunyi tercekik.

Nafas terhenti
✤ Dengkur kuat bermakna anda berisiko tinggi menghidap apnea tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA).

✤ Penghidap OSA akan mengalami nafas terhenti antara 10 hingga 60 saat setiap kali, sehingga 400 kali setiap malam.

✤ Penghidap OSA juga mungkin akan beberapa kali terjaga secara tidak sedar setiap malam akibat tidak dapat bernafas.

✤ Mereka juga selalunya berada dalam keadaan separa sedar dan biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam.

✤ Bunyi dengkur ini akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba akan terhenti untuk seketika akibat pernafasan telah terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup).

✤ Halangan pada bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain.

Bayi lahir tidak cukup bulan berisiko besar mengalami gangguan sleep apnea berikutan  paru-paru yang tidak matang semasa dilahirkan.

Wednesday 5 February 2014


Kelahiran Merupakan Fenomena yang Menakjubkan
Bersalin adalah bayaran paling lumayan sebagai seorang ibu setelah berjuang selama lebih kurang 9 bulan (40 Minggu). Kehadiran si kecil yang sihat dan dilahirkan sempurna lebih-lebih lagi.

Persediaan Diri Sebelum dan Semasa Bersalin
❀ Tenaga
Fikiran
Psikologi
Wang (kos pembiayaan perubatan sebelum & selepas melahirkan)
Keberanian dan 
Ketulusan

Namun jangan lupa selepas melahirkan diperlukan lagi perjuangan tahap kedua , iaitu memulihkan keadaan tubuh ke sebelum hamil . Selepas melahirkan bukan bermakna kita tidak bekerja seperti sebelum hamil . Kita mungkin akan mengalami pelbagai perkara yang kurang selesa.
✽ Badan merasa lemah & tidak bermaya
Baby Blues Syndrome

Cadangan Penjagaan Ketika Berpantang 
✔ Jangan membawa beban berat.
Baring menegak dengan banyakkan rehat serta 
Pengambilan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang dikategorikan sebagai sejuk atau berangin.
Sentiasa mematuhi aturan berpantang sebaik-baik selama 6 minggu
✔  Ibu akan pulih sempurna seperti sebelum hamil setelah 3 bulan

Pengambilan pemakanan yang berkhasiat mempengaruhi proses pemulihan secara fizikal dan psikologi. Senaman ringan amatlah digalakkan bagi mengembalikan kecergasan. Ibu selepas bersalin juga masih memerlukan tidur yang secukupnya.

Cadangan Lauk Berpantang : Nasi, Ikan Masin Talang, Ikan Bilis Goreng, Sawi Rebus/Celur Bersama Halia
Elakkan mengadakan hubungan intim bersama pasangan memandangkan badan masih perlukan masa untuk pulih terutamanya organ vagina yang telah melalui proses kelahiran
Cadangan Pengambilan Vitamin Tambahan Selepas Bersalin dan Berpantang

Produk boleh diambil secara berasingan mengikut keperluan & bajet