Monday 1 September 2014

Kenapa Bayi Tidak Boleh Makan Sebelum Usia 6 Bulan?

1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza. Sabar la ibu-ibu. Skill memasak boleh diperhebat selepas bayi 6 bulan.

2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab peningkatan risiko kesihatan adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Sayang anak kan?

3. Masalah Dalam Penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikirkan tentang masa depan anak-anak kita. Lagipun susu ibu sudah cukup untuk menampung nutrisi harian bayi. Apa yang penting sebelum bayi berusia 6 bulan, GIATKAN PENYUSUAN SUSU IBU. You Can Do It & Just Do It Sista! Rajin-rajin ambil penggalak susu ibu seperti Alfalfa Complex & Energizing Soy Protien. Superb!

Bayi kurang 6 bulan : Hanya susu ibu, tak perlu air, tak perlu makanan pelengkap


Makanan bayi mengikut usia: 6 bulan
Yeah! Bayi telah masuk 6 bulan. Excited! Tapi, apa yang perlu ibu bagi untuk permulaan? Mudah sangat!

Ibu Buzzy
Bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Senang cerita bijiran segera. Kekdah sejak 6 bulan dah bagi makan fast food.

Ibu Rajin
Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi yang dimasak sendiri. Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:
  • buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
  • sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek. 
 Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja.


Resepi Puree Kurma


Tempoh Penyediaan : 20 minit
 
Bahan-bahan:
  • Kurma jenis lembut
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
  2. Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
  3. Blend kurma sampai halus.

 

Langkah Seterusnya!

Mummy MasterChef
 Dapatkan pelbagai resepi bubur mudah & puree yang boleh disediakan sendiri walaupun sibuk bekerja atau mengurus rumahtangga. Anda Supermom! Rasa cam nak pingsan dengan segala urusan. Kita telan Ostematrix sebelum tido. Hilang penat lelah & ceria keesokkan hari. Semoga segala usaha seorang ibu melahirkan pejuang & khalifah yang soleh solehah. Go Mama! Go Ibu! Go Ummi! Go Mummy!

No comments:

Post a Comment