Monday, 1 September 2014

Nak Macam Dulu

Siapa je la yang tak nak kurus selepas bersalin. Tidak mahu dipandang dengan kata-kata

"ingatkan ko mengandung lagi? anak kecil lagi kan?"
"ini mengandung ke mengandungi?"
"ni mengandung dah berapa tahun?"

sentap kan nok...? Badan anak dara la yang paling kita meracau setiap malam. Tajuk mimpi setiap hari "Aku nak kurus macam dulu tapi aku tengah menyusukan anak". 

Boleh ke nak kurus semula?

Sewaktu menyusulah paling mudah untuk turunkan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu cenderung untuk kehilangan sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan penyusuan tanpa senaman jika pemakanan betul.

Bagaimana?

Minum air yang mencukupi

Tingkatkan pengambilan air sehingga mencampai 2.5 hingga 3 liter air sehari. Tetapi jangan berlebihan. Terlalu banyak cecair juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh, jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori. 


Elakkan Makanan Manis

Perlu diingatkan, ibu menyusu banyak tergoda dengan benda manis. Tukarkan ke menu sihat. Boleh menggunakan cara mudah, 40 peratus karbohidrat, 40 peratus protein dan 20 peratus lemak yang baik. Seperti diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Untuk penghasilan susu yang teratur, pemakanan pun perlu teratur.

Senaman

Ibu menyusu boleh bersenam cara biasa. Tetapi tidak drastik selepas bersalin. Aktiviti perlu ditingkat sedikit demi sedikit. Jangan mengharapkan kehilangan lemak dalam jangka masa 2 minggu selepas bersalin.

Makanan Tambahan (Vitamin)

Turunkan berat badan secara beransur bagi menjaga otot dari kurus gelebeh
 Vitamin yang benar-benar kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah mungkin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan lain-lain.

Ambil tambahan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari. Zink boleh ditemui dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat. Mengambil sehingga 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada produk susu, sayur-sayuran, almond, hazelnut.

  

Cadangan Vitamin dengan Shaklee

Shaklee B-Complex dilengkapi dengan Asid Folik serta selamat digunakan oleh ibu mengandung atau berpantang atau wanita yang ingin kekalkan kesihata. Kajian menunjukkan Vitamin B3 amat penting untuk wanita bagi mengawal selia hormon dengan lebih baik.

Shaklee Zinc Complex diperkaya dengan kalsium yang membantu pertumbuhan si kecil disalurkan terus melalui penyususan. Ianya juga dapat membantu mengurangkan keguguran rambut dan kekejangan akibat kekurangan kalsium.

Shaklee Alfalfa Complex membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu (milk booster) dan dapat membantu proses detox untuk menguruskan badan. Masalah sembelit pun boleh selesai. Keputihan? in sha allah lepas ni jimat tidak perlukan lagi pantyliner

Shaklee Energizing Soy Protien (ESP) merupakan punca protien yang sangat baik dan rendah lemak. Bebas kolesterol serta selamat untuk semua golongan umur. Mahupun pesakit diabetis. Ia membantu membekalkan tenaga segera disamping memperbaiki tisu kulit. Kulit akan lebih licin. Selain itu, gula dalam darah dapat dikawal. Otot juga akan lebih mantap. Tak perlu risau kalau kurus, segalanya mengelebeh.