Thursday 25 July 2013

Sembelit Menggangu?!

Sembelit merupakan masalah sistem pencernaan yang sering dialami oleh dewasa mahupun kanak-kanak.

Tanda umum buang air besar yang kurang dari 2 kali dalam seminggu, buang air besar tidak teratur, dan najis yang keras sehingga kadang menimbulkan rasa sakit.

Pastinya keadaan ini memberi kurang selesa kepada tubuh badan kita. Berikut tips bagi meningkatkan sistem pencernaan dan seterusnya sembelit dapat dielakkan.


1) Pengambilan makanan yang kaya akan serat
Serat merupakan elemen penting untuk menyihatkan sistem pencernaan. Serat membantu najis agar lebih mudah melalui usus.

Pengambilan makanan yang kaya akan serat setiap hari secara teratur akan membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Sumber makanan yang kaya serat antara lain adalah buah-buahan, sayuran, kekacang, dan biji-bijian.

2) Minum cukup air.
Sebagian besar orang yang menderita sembelit mengalami dehidrasi. Air sangat penting dalam menggerakkan najis dalam usus.

Minum air putih minimum 8 gelas setiap hari dapat mencegah sembelit.

Air dapat membantu membuat najis menjadi lebih lembut sehingga tidak akan menimbulkan sakit baik di usus maupun ketika dikeluarkan melalui anus.

3) Makanan dalam portion yang kecil tetapi kerapkan waktu pengambilan.


Makan dalam portioni besar sekaligus dapat menyebabkan sembelit. Oleh itu, dicadangkan untuk makan dalam portion yang kecil tapi kerapkan waktu pengambilan. Makan 5-6 kali dalam portion kecil boleh mencegah terjadinya sembelit.

4. Hadkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit.

Ada beberapa makanan yang dapat menyebabkan sembelit, contohnya adalah roti yang terbuat dari terigu putih atau produk susu, daging, telur, keju dan makanan proses.

Begitu pula ubat-ubatan seperti antasid dapat pula menyebabkan sembelit. Oleh itu hadkan pengambilan ubat-ubatan tersebut.

5. Bersenam secara teratur.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa senaman secara teratur dapat mencegah sembelit.

Bersenam selama 30minit setiap hari atau 3-5 kali dalam seminggu dapat membantu sistem pencernaan bekerja lebih efektif dan membantu mencegah sembelit.

6. Hindari menangguh keinginan untuk buang air besar.

Terkadang banyak yang memilih untuk menangguh pergi ke toilet ketika sakit buang air besar muncul dengan berbagai alasan.

Menunda ketika sakit buang air besar muncul justru dapat menimbulkan sembelit.

7. Jauhi minuman yang dapat menyebabkan dehidrasi.

Beberapa minuman dapat menimbulkan dehidrasi misalnya minuman bersoda, kopi, dan teh. Selain itu hindari pengambilan alkohol terlalu banyak kerana alkohol juga memiliki efek yang dapat menimbulkan dehidrasi pada tubuh.

Jika tubuh mengalami dehidrasi maka air yang ada dalam najis diserap kembali oleh tubuh sehingga menyebabkan feses menjadi keras dan memaksa terjadinya buasir.
 

No comments:

Post a Comment