Friday 24 January 2014


ᕙ(`▽´)ᕗ MEREALISASIKAN CITA-CITA SI KECIL

Sewaktu kita kecil, banyak sangat role yang kita suka berangan. Nak jadi doktor, nurse, lawyer, cikgu, bomba-man, polis, ustaz, ustazah dan banyak lagi mimpi indah. Sekarang, anda mungkin telah mendapat "dream job" yang ada olah sehingga sekarang.

MASIH INGAT BAGAIMANA ANDA MENCARI "PUSH FACTOR" UNTUK BERJAYA? Bagaimana anda implement cara yang sama kepada si kecil? Masihkah kau ingat? . . .


Bagaimana cita-cita anak anda?

Jom kita cuba recall balik menerusi Tips magika untuk si kecil

1~ FOKUSKAN CITA-CITA
Bantu si kecil mencari mimpi mereka. Fokuskan minat mereka sekaligus memperkenalkan mereka dengan idola untuk dijadikan role model sebagai push factor

2~ PERINCIKAN KERJAYA
Beri mereka gambaran positif tentang cita-cita atau kerjaya yang ingin dicapai.
Gaji
Suasana Kerja
Pengalaman Seseorang/Idola
Cabaran
Jariah Contribution
Religious Fact

3~ FOKUSKAN MELALUI VISION BOARD
Reka vision board untuk mereka lebih fokus mengejar cita-cita
Dorong mereka untuk lebih serious mengejar mimpi
Pencerahan dengan menekankan cita-cita mereka secara santai ketika waktu lapang atau sebarang perbualan santai "heart to heart"

4~ AKTIF & ACTION
Bantu si kecil membuat aktiviti asas berkaitan cita-cita mereka. Bawa mereka ke pusat aktiviti seperti "Kidzania" "Art Centre Kids" "Pusat Tahfiz" "Dance Class" "Music Instrument Class"
Aktiviti berkumpulan atau bersama-sama dapat membina keyakinan diri (self esteem) seterusnya menjadikan mereka anak yang proaktif.
5~ SOKONGAN PEMAKANAN
Sediakan hidangan yang boleh merangsang pembesaran otak dan gear skill untuk mereka terus berfikiran proaktif seperti Omega-3, DHA dan multivitamin yang mampu menampung keperluan nutrisi. Cadangan Suplement seperti Shaklee Omega Guard dan Meal Shakes.

Sokongan positif ibu-bapa merupakan senjata hebat kejayaan seorang anak. Lakukan amalan rohani bersama si kecil bagi mengajar mereka "bertawakal" bersandarkan sesuatu untuk menguatkan pegangan mereka.

Si Kecil perlukan dorongan dan sokongan anda untuk berjaya. Anak kita akan mendapat "Sesuatu" yang lebih baik daripada kita sebelumnya.

Sebagaimana "terbaik"-nya luqman menasihati anaknya seperti yang disebut di dalam Al-Quran Surah Luqman : Ayat 13-19

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (13) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (15) (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (16) Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (17) Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (18) Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19) "
 
Semoga kita beroleh anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan jariah di dunia dan di akhirat


No comments:

Post a Comment